Tuesday, October 6, 2015

Khas untuk anak Ummi..

Happy Birthday 5th Afrynna Qaisara.
Ummi bukan pakar membaking... Tp disebabkan anak ummi nak kek Elsa .. Ummi buatkan dengan ikhlasnya :). Kalau rasa tidak sesedap Kek di Bakery.. SORRY.

Sunday, June 16, 2013

anak-anak lebah

location : kg jagur gerik perak
photographer: id ahmed

Sejenis rama-rama

Kepala rama-rama macam batang mancis.. pelik kan?

Location : Kg Jagur Gerik Perak
Photographer : Mat Pih

selindung di sebalik orkid MA

Location : Kg Jagur, Gerik Perak.
Photographer : adik-adik

Apa nama serangga ini?.. Siapa tau...


Apa nama serangga ini? siapa  tau..
Saiznya sebesar biji tembikai.

Location : Kg Jagur, Gerik, Perak.
Photographer : Id Amed

Sunday, January 29, 2012

Mee Sizzling





Hasil air tangan suamiku..

Bahan-bahan.

yee mee
6 ulas bawang putih
1 keping dada ayam - potong ikut citarasa.
6 cendawan shitake (cendawan kering) - rendam sehingga lembut skit dan potong 6
3 biji cili kering - potong 3.
3 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia - hiris nipis2
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
garam - secukup rasa
Beberapa titis minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air

cara-caranya

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk
3. Masukkan 2 cawan air
4. Masukkan pula sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam. Biarkan mendidih
5. Masukkan cendawan tunggu 2-3 minit.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titiskan minyak bijan beberapa titis.
8. Padamkan api kemudian ambil hot plate atau kuali.
9. Tumiskan bawang putih skit, kemudian masak sayur.
10.Letakkan yee mee, kemudian siramkan kuah tadi keatas yee mee n pecahkan telur.
11.Biarkan seketika kemudian angkat.

SELAMAT MENJAMU SELERA.

Tuesday, January 24, 2012

Jahitan Smocking cara manual

Dah lama nak buat smocking.. tapi tak ada masa nak buat.. lagi pun dulu tak ada anak pompuan.. itu yang tak terbuat.. ini pun teringin nak buat dress bersmocking ni pun sbb boring sebelah malam masa dok hotel kat Wakaf Che Yeh last week. Ade kursus EQA PT AFB Smear 16hb - 20hb Januari 2012.

Saya nak kongsi buat smocking secara manual tanpa guna smocking pleater machine.(bersambung... dah ngantuk)